Hide hide little girl

feel that heart,

the unsettled beat,

the beat that calls out to you,

the beat that hurts the inner soul,

the beat that made one fall,

to the ground,

deep down,

to the ground.

Feel that tears,

from the unsettled beat,

from the inner fight,

from the inner thoughts.

see that small little girl,

that small girl,

the girl that carries a box,

picking pieces

that shatters,

that crumbles,

she reveals,

the pieces was once a heart,

the box is where she kept it,

the tears shows her struggles.

see that girl,

the girl that looks like you

now runs to safety

now run to find shelter.

and hides till the pieces comes together.

Hide hide little girl,

run away little girl,

it will be alright.

It will be all right.

Advertisements

Rebah

Jangan gusar. Jangan sedih. Jangan la kau bermurung.

Sepuluh kali ku ulang. Sepuluh kali ku ingatkan pada minda ku. Aku memerlukan itu. Ungkapan untuk aku meneruskan langkah ku setiap hari. Pernah tak kau hidup, dan di suatu ketika di dalam langkah kau, kau rasa seperti mahu rebah. Rebah kerana kau rasa beban itu terlalu berat bagimu. Kau mahu menitiskan air mata, tapi kau sudah tidak mampu.

Aku mahu rebah.

Aku mahu rebah dan putus asa dalam perjalananku ini. Tapi apakan daya, aku bukan Tuhan, aku adalah HambaNya yang penuh dengan dosa. Penuh dengan kealpaan. Aku masih malu nak menghadapNya. Apatah lagi memutuskan nyawaku tanpa izinNya. Aku masih hina untuk berjumpa denganNya.

“Kenapa dengan kau ni? Okay tak? Kau macam tak cukup tidur je”

Dira menegur wajah ku yang kelihatan agak kusam dan kepenatan.

“Tak ah. Okay je. Tak ada benda” kataku penuh dengan penipuan.

Setiap kali aku jawap sebegitu, kata kata itu dipenuhi dengan penipuan, penipuan untuk menutup segala perasaan gusar, kesedihan, kehampaan. Sedangkan jauh di sudut jiwaku, aku meronta ronta.

‘Aku tak okay! Aku tak okay! Aku down. Aku nak menangis. Aku da give up. Tolonglah faham’

Sebegitu aku meronta ingin memberitahu, ingin meluah. Tapi ini realiti, tiada siapa yang peduli. Ataupun, jika ada yang peduli, aku terlalu kisahkan mereka lebih dari diri aku yang kini lemah.

Aku ada penyakit. Tak, jangan gentar. bukan penyakit yang kritikal. Aku ini punyai penyakit, di mana aku lebih rela membantu orang, dari membantu diri aku. Aku adalah manusia yang punyai kelemahan, di mana aku meletakkan perasaan dan keadaan orang yang aku sayangi sebagai keutamaanku. Aku utamakan kegembiraan mereka, kesedihan mereka, tatkala diri ku yang masih terumbang ambing. Aku tolak tepi keadaanku yang meronta kesakitan. Aku utamakan mereka yang memerlukan kehadiran aku.

“Babe, kau okay tak? Da macam tak dengar je apa kita orang cakap” tegur Syafiqa.

Tiga rakanku mula terhenti bicara, dan menoleh ke arah ku. Mereka menegur raut wajahku yang keletihan dan seumpama aku tak mampu nak participate dalam bicara itu. Aku memang dah lost. Aku dah tak boleh nak be apart of the circle. Sebab keadaan aku tak mengizinkan begitu.

Mereka tegur, kata risau. Mereka suruh aku pulang dahulu. Risaukan takut aku keletihan. Aku pon hanya membawa diri, berdiam, seumpama bersetuju dengan pendapat mereka yang aku ni tidak sihat dan keletihan.

“Babe. Rehatlah. jangan stress out. Try to relax. You suka overthink. Jangan la macam tu. Nanti you fikir bukan bukan, you lagi teruk. Jangan la stress okay. “ tegur Dira yang menghantar aku ke kereta. Aku hanya mampu mengangguk menandakan aku mengerti.

Aku tak suka bila orang kata begitu. Mereka tahukah hati ku ini berpecah belah? Mereka tahu ke jiwa ku ini rabak menunggu masa untuk rebah. Aku berlalu pergi. Dan aku termenung jauh memikirkan kenapa dengan diri ku ini.

Tiada apa. Aku berkata. Tiada apa. Aku ulangi semula. Aku berkata sekali lagi.

TIPU. TIPU. KAU TIPU. KAU TAHU KAU TAK KUAT. KAU TAHU KAU LEMAH.
KAU TAHU KAU PERLUKAN ORANG UNTUK BANGUN. KAU DAH TAK KUAT. KAU NAK PERTOLONGAN ORANG! KENAPA KAU SOMBONG. KENAPA KAU TAKUT

Meronta jiwaku. menitis air mataku. Kerana aku terdangar jeritan jiwaku meminta merayu aku meminta pertolongan orang. Aku bukan meminta belas kasihan. Aku bukan merayu meminta untuk disayangi. Aku bukan peminta sedekah. Tapi, aku adalah manusia. adakala aku ingin teman di sisi yang tidak mempersoalkan keadaanku. Yang tidak menilai remeh atau tidak masalah aku. Yang akan memberi sokongan padaku di saat aku rebah.

Kenapa kau begitu takut? Apa yang kau takutkan?

Hakikatnya, ini adalah dunia. Dunia di mana, kita hidup sendirian. di mana kita rebah, hanya ada segelintir yang akan lari ke arahmu dan membantumu. Di mana kita rebah di khalayak, tak akan ada yang peduli. Mereka tak akan mengerti kenapa kau menangis, kenapa kau yang selalu tersenyum riang, perlukan bantuan. mengapa kau yang kuat mampu terjatuh.

AKU MANUSIA. AKU HANYA MANUSIA

pernah tak kau sedar, kau terlalu menjaga orang. kau terlupa diri kau lebih memerlukan pertolongan.

kenapa Robin Williams bunuh diri? Sedangkan dia lah yang banyak mengukir senyuman di wajah manusia.

kenapa dia yang punyai senyuman, akhirnya menamatkan hidupnya dengan kesedihan?

aku tak mampu nak menamatkan riwayat aku. kerana aku masih lagi hamba yang hina. terlalu banyak yang aku perlu baiki sebelum menghadapNya.kereta aku terhenti. tanpa aku sedar, air mata ku membasahi pipi. aku terhenti di depan rumahku.

aku terdiam. aku sedar. sebelum aku menjejakkan kaki ke dalam. aku perlu sarungkan topeng aku. aku perlu sarungkan topeng anak yang berjalan dengan kejayaannya. yang jalan dengan serba yakin dengan pencapaiannya. namun begitu, di sebalik topeng itu, tersorok diriku yang makin hari makin lemah. makin hari makin rebah.

Siapa mampu selamatkan aku?

Tiada. Tiada. Kau hanya ada Dia.