Faizal Tahir kata Assalamualaikum

I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Semalam Anugerah Juara Lagu 30.

Aku memang tak berapa sangat tengok rancangan macam ni. Tapi semalam lain sikit. Ada 4 lagu favourite aku, yang aku root dan selalu dengar. Lagu Faizal Tahir, Caliph Buskers, Dayang Nurfaizah dan Akim and The Majistret.

Tapi yang memang aku mengharap nak menang sememangnya lagu ‘Assalamualaikum’ – Faizal Tahir. Semalam dia bawak, sedap sangat. Mungkin aku da terbiasa dengar yang rancak, semalam dengan berlatar belakangkan video saudara kita dari Syria dan Palestine, berserta gelendangan yang ada di Malaysia. Mengusik hati dan meremang dengar, sebab aku susah nak suka lagu Melayu ni. Tapi lagu-lagu sebegini, buat aku gembira kerana muzik kini ada makna, ada mesej.

Lagu ni terusik lebih bagi aku, sebab sejak pindah tempat kerja, keliling aku, kawan-kawan semuanya berbeza kaum. Dulu heboh cerita, non-Muslim tak boleh sebut ‘Assalamualaikum’ (yang membawa maksud, peace be upon you). Jadi, kadang kadang depa suka la bagi salam pada aku. Memang aku selalunye sengih lebar bila dengar diaorg cakap bahasa arab. Pada aku, ini adalah sekadar bahasa,¬†selagi mana dia tidak menghina bila menyebut, maka aku sambut salam itu dengan kebaikan. Setiap tingkah laku aku, aku akan sentiasa ingatkan diri, macam mana agaknya kalau Rasulullah S.A.W akan sahut. Sesungguhnya Baginda tidak akan membalas tingkah laku yang jahat dengan jahat, sekalipun dihina. Sebaliknya Baginda akan sentiasa menyahut dengan kebaikan dan kesopanan.

Orang duk cakap jadi macam Rashid. Aku rasa orang lupa nak sebut, jadi macam Rasulullah S.A.W.

(Tazkirah jap)

Anyway, yang pasti, lagu ni bertaraf Michael Jackson punya ‘We are the world’. Please read, that I am stating da sama taraf, bukan sama macam/sebijik macam. Lain eh bezanya. Sudah lama aku nantikan artis Malaysia berkarya lagu macam ni. Dan akhirnya, Faizal Tahir muncul dengan lagu ni.

Okay panjang sangat. All and all. Lagu ni, mesejnya deep. Bukan hanya sekadar mendengar, masuk kiri dan keluar kanan. Start a good deed tomorrow, don’t expect anything in return. But pray for a beautiful world in the future, not for ourself, but for everyone.

Wahai Abang Faizal Tahir, I have hopes for music like yours now. Moga Allah merahmati langkah-langkah mu dalam menyampaikan mesej sebegini di masa hadapan. Please, don’t stop creating masterpiece like this. Keep on moving, keep on writing, keep on creating hopes and touching people’s live through music. Assalamualaikum bang! Oh btw. YNWA! Saya pun Reds juga. (Menyempat. Kbai)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s